Kelas Ms Publisher (Membuat Kad Ucapan)
9 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 8 Mac 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Publisher bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 10 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Publisher serta fungsinya.
Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Publisher dan cara menggunkannya. Pada kelas kali ini,petugas mengajar peserta tentang cara membuat kad ucapan menggunkan Ms Publisher dengan mudah dan cantik. Peserta diajar memasukkan gambar dan membuat sedikit ucapan pada kad tersebut.Semoga ilmu yang bermanfaat ini dapat digunakan oleh peserta pada masa akan datang.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: